i LUV u, u LUV me

spectra vs saga blm

ptg semlm:

enjin kete jerking. singgah w/shop nilai, satu cable plug problem. pomen pun tukar yg problem. perjlnan blk ke umah berjln lancar spt biasa. tp enjin jerking blk ngam2 kuar tol. in fact, makin teruk plak.

pg td:

hntr w/shop kat umah ni. bila kete siap, it’s noon already. decide masuk keje lps lunch je la. punyelah mls nk masuk opis memikirkan perjalanan yg nk kena tempuh hanya utk waktu keje 3 jam setgh jer. tp pkkan plak esok kena cuti sbb BS umar n ali bercuti, mmg nk xnak kena gak masuk opis settle ape yg patut. tmbh plak, i wont b around next wk. lglah terpanggil2 utk melunaskan keje. eceh!

ptg td:

kuar lewat 10minit dr biasa. in fact ptg ni plan nk drive santai je. boring plak pk nk drive jauh skali lg dlm masa yg singkat (selang 3jam setgh je beb dr waktu aku smpi opis tghari td). elok2 smpi kat t.lite di salak tinggi, ada keta minah mengong yg dr lane kiri tetiba bg signal n belok ke kanan utk buat u-turn. aku kat lane kanan ni, tgh speeding sbb t.lite tgh ijau. mmg xsempat nk buat pape. tekan pedal break pun da xrase pape sbb kete aku dan dia da rapat sgt. maka dgn itu, selamat la aku merempuh kete minah mengong ni td.

whoaaa! pening lalat seketika sbb ms tu dlm kepala aku, melayang lg duit nmpknye nie!

buka pintu, aku turun & minah mengong ni td pun meluru ke aku, “makcik xpape ke?”

hahahaha (dlm hati je la sbb dia ‘makcik’kan aku, yg bona eh, den tgh berasap dgn kemengongngan dia ni)

“xnmpk ke lampu ijau?” aku tengking terus je tp dibalas dgn muka sememeh bersalah, “sorry, sorry”

“u nk u-turn kat sini, tau dak sini xbleh u-turn? dahlah dr lane kiri, pastu nk u-turn lg. xreti?”

“sorry kak (kakak la plak). saya bukan org sini. sy nk carik kota warisan tp tersesat smpi sini. xtau jln…”

byklah bukan org sini. org mana skalipun, undang2 jln tetap satu tu jer. by logiklah, camne ko yg dr lane kiri tetiba terus nk belok kanan utk u-turn? silap besar la dik! plak tu kat t.lite yg klupun nk u-turn kompem xlepas kete tuh sbb that junction wasnt meant for u-turn pun. haih!!

call chor @ sban, call my bro @ putrajaya. then dtg plak tow truck. eh, cepat aje deme hidu ada xciden ni kan? pastu sama2 gerak p balai. wat report. kete minah tu lnsg xleh gerak. tayar blkg bengkok. kete aku, depan belah kiri yg remuk. fender, mudguard, hood, bumper. sume abih kena ganti tuh.

huh! hate this but redha je lah. nk wat camne lg. obviously it wasn’t my fault. da habis berhemah aku bwk kete, tp klu org lain xberingat, berlanggar jugakla jwbnye. claim insurance minah mengong tu je la.

Advertisements

July 29, 2010 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Bateri Kaput

Pagi tadi, kereta Chor xleh start. Pulas2 kunci, lnsg tiada ape berbunyi.

Bukak hood, Chor periksa ape yg patut. Nothing wrong wit the engine. But….

He suspects bateri da kaput. Sobab eh, masa nk pulas kunci tuh, dia da sediada dalam slot ignition.

Umar suka na main pulas2 stereng kereta. Berangan nk bawak kereta sendiri. Pantang driver seat kosong. Tak kira dikosongkan sementara mcm masa turun isi minyak ke. Atau dikosongkan kekal mcm bila da parking kat umah. Pasti dia segera ambil alih seat tuh sambil pulas2 stereng. Kalau dulu, dia sorang je yg suka main gituh. La ni da pakat berebut dgn Ali plak. Haih!

Dan jadi habit kami pulak makpak dia ni suka lepas parking kekal je kat umah, lepas enjin off, kunci dibiar pd slot dia. Senangla konon xpayah tercari2 kunci da bila nk pkai kete nanti. Next time, masuk kete, start aje.

Hari tuh, bila Umar berjaya start enjin kereta Chor, habit kami ni diberhentikan serta merta. Takut kang dari da boleh hidup enjin kereta, tetiba pndai masuk gear n JALANkan kereta. Lagi haru jadinye. Makanye, kunci kereta dicabut dan digantung mcm kunci2 lain dlm key box.

Tapi, da namanye habit, xlama lepas tuh, kami buat balik. Kan nak senangkan diri sndiri gituh. Kekeke.

Sudahnye, habit ini mkn tuan lagi.

Bateri kete Chor yg baru je ditukar bulan lepas terus ABIS RIWAYAT pg td. Dlm ignition position, power bateri telah digunapakai sepenuhnya. Mcm kita off engine tapi lampu kete xtutup. Sepjg diparking tuhlah power bateri abih.

Seriusly rasa mcm hampeh je rasa bilamana pelaburan RM160 utk bateri baru hanya bertahan sebulan shj. Kalau dijaga rapi, boleh tahan setahun lebih. In fact, kalau diikutkan jangka hayat bateri kete Chor sebelum ni, tahan >3 tahun tau!

Kasihan B. Kekeke. Lenkali dgr ckp, bawak masuk kunci kete tuh. (Nasihat ni ditujukan utk yrs truly jugak w/pun xpenah terkena kat kete itam tu lg)

July 14, 2010 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

s.watch

jam yg dibeli pd tahun 2003 gitu da mula bernyawa blk.

tali leather ori. pakai secara lasak sejak dibeli. bila tali da mula lunyai, bateri semakin weak, b pulak bg hadiah jam yg lebih feminin, jam ni aku tolak tepi. tersadai. tp bilamana jam yg feminin tu xjupe2 sbb ali main ntah campak ke mana 2 hari yg lepas, terpksa reconsider the idea of wearing it again.selama ni tersadai gitu je atas drawer. berhabuk.

bawa ke butiknye td utk ditukar tali dan bateri, adik tu tanya guard pd jam beli kat mana? ku tanya kenapa. katanye guard mcm yg aku punye da lama xjual. ramai yg mencari katanya lg. wah! kembang hati rsnye sbb aku memiliki something yg org cari2. & semmgnye org2 tu xkan jupe dah sbb da off market.

hehehe.

abih tukar tali. abih tukar jam. duit bertukar tgn. resit dan baki juga bertukar tangan. aku terus gerak pergi. adik tu panggil, “akak, tali lama ni..”, sambil menunjuk bungkusan kecil yg dia da balut cantik.

“xpelah dik. buangkan aje.”

“xnak simpan kat umah? buat kenangan peribadi ke?”

“hah? xpelah, da lusuh bena tali tuh”

“ook”, sambil muka dia tersenyum kelat..kekeke

agaknye ni lah 1st time kot dia jupe customer yg xappreciate brg2 jam tu eh?

ntah..aku rasa wajar la kot dibuang aje tali tuh, kan?

July 13, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Hantu momok

Dalam bilik tidur, mlm tadi.

Aku baca Bismillah. Nanti hantu mati. Aku baca Bismillah. Nanti hantu mati……Berulang-ulang dia ckp bende yg sama.

Aku amati je suara ni dalam gelap tuh. At first i thought he was reciting doa tido, rupenye…ish!. Memula tu jugak aku rasa nak gelak. Tapi pk2 balik, I shudn’t laugh coz this isn’t funny! Tingat kata2 sorang ustaz nie, anak2 kecik ni patut kita ajar dia agar takutkan Allah dari umo dia muda2 lg nie, tapi dlm masyarakat kita, budak2 ni kita ajar takutkan dgn momok, hantu etc sedari kecik. 

Buat lah, nnt momok tangkap baru tau…

Kalau tanak keluar, hantu dtg jenguk…

Semuanya hantu. Semuanya momok.

Lantas terpk lagi, sape plak yg memandai ajar dia gini.

Pagi ni, aku tanya dia, “sape ajar along ckp mcm mlm td?”

“Kak Shekin lah. Dia takut hantu. Dia cakap mcm tuh. Along pun cakap mcm tuh”

“Patutnye along baca doa tido, bukan ckp mcm mlm td tuh”

“Tapi kak Shekin kata cakap mcm tuh nnt hantu xdtg”

“No. Along baca doa tido. Kalau ummie dengar lagi, Along kena nanti”

“Oklah”

Budak ni kan, suka beno ikut perilaku mentor dia tau. Shekin ni pun nk kena tarbiah gak ni. Da besar pjg masih penakut ya amat.

July 7, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Lama da tertanya-tanya berkenaan hal ini, at last terjawab jugak.

+ + + + + + + + + + + + + + + + + +

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja 

Oleh 

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin.net 

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang “development” produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan  sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu. 

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap “Mass Production” atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab. 

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya. 

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya. 

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja. 

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah. 

JAWAPAN 

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri. 

Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:- 
 

فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219) 

 

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s. 

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ 

Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): “”Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27) 

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa. 

Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram. 

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :- 

1-   Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya. 

  

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah. 

2-   Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja. 

  

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus. 

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati. 

3-   Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama. 

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain. 

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan. 

Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan. 

KESIMPULAN 

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah. 

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan.  Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA’ kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang’ dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu’alam 

Sekian 

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin.net 

29 Jun 2010

July 5, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment